Sektor  Pengurusan Akademik  Pejabat Pelajaran Daerah Gombak

1.       Memastikan semua bahan dan maklumat Kurikulum Kebangsaan yang diterima daripada KPM /JPN / Pembekal disampaikan kepada sekolah dalam tempoh 10 hari bekerja tanpa kursus atau 3 bulan dengan kursus  selepas tarikh penerimaan dalam keadaan sempurna.
2.      Memastikan pemantauan pelaksanaan  kurikulum dilaksanakan ke atas setiap  semua sekolah dalam tempoh 2 tahun.

3.       Memastikan 100% aktiviti kokurikulum akademik ( Pendidikan Islam ) dilaksanakan mengikut perancangan dalam tempoh  1 tahun.

4.       Memastikan proses pengumpulan dan penghantaran sekurang-kurangnya 50  Kajian Tindakan dalam tempoh 1 tahun.

5.       Memastikan sekurang-kurangnya 90% guru mengikuti setiap  program latihan perkhidmatan kurikulum yang ditawarkan oleh KPM/JPN/IP dilaksanakan   mengikut jadual.

6.       Memastikan proses pendaftaran calon peperiksaan awam siap diproses untuk diserah kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan JPNS dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh terima.

7.       Memastikan taklimat pengurusan pengendalian peperiksaan kepada PPD dan Penyelia Kawasan diadakan dalam tempoh 2 minggu sebelum peperiksaan.

8.       Memastikan operasi penyemakan bekalan soalan peperiksaan yang dihantar ke bilik kebal dilaksanakan tidak       lewat 7 hari selepas tarikh penerimaan.

9.       Memastikan sijil-sijil peperiksaan awam kerajaan bagi calon sekolah diserahkan kepada sekolah dalam tempoh 5 minggu selepas tarikh penerimaan daripada Unit Penilaian dan Peperiksaan JPNS.
10.    Memastikan pengurusan penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam 2 kali setahun.
11.    Memastikan pengurusan penempatan dan pertukaran murid  SMKA dan KAA dapat dilaksanakan mengikut jadual.
12.   Meningkatkan Prestasi Akademik Pelajar dalam semua mata pelajaran.

Objektif   Unit Teknologi  & Vokasional

1.      Memastikan semua bahan dan maklumat Kurikulum Kebangsaan yang diterima daripada KPM/JPN/Pembekal  disampaikan kepada sekolah dalam tempoh 10 hari bekerja tanpa kursus atau 3 bulan dengan kursus selepas tarikh penerimaan dalam keadaan sempurna.

2.       Memastikan pemantauan pelaksanaan pengurusan kurikulum dan pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan ke atas sekurang-kurangnya ke atas semua sekolah dalam tempoh 2 tahun.

3.       Meningkatkan kepakaran guru-guru dalam amalan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).