Category: Unit Teknologi Dan Vokasional


Pegawai Pelajaran Daerah GombakHari ini PKG Daerah Gombak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Pelajaran PPD Gombak Puan Dayang Fatimah bt Abang Naruddin.Serentak dengan itu juga satu mesyuarat bersama telah diadakan.Antara agenda yang telah dibincangkan adalah berkaitan dengan peranan PSS,ICT dan gerakan membaca(NILAM)

Perbincangan tentang langkah penjimatan juga telah disentuh.PKG dan PPD Gombak akan sama-sama mengambil langkah terbaik dalam menanngi masalah ini.Perancangan teliti akan dikemukakan agar aktiviti yang dirancang akan tetap diteruskan.

PKG Daerah  amat berterima kasih kepada PPD Gombak yang memberi sokongan tidak berbelah bagi dalam usaha membantu pihak sekolah.Kami akan bersama-sama menjayakan program yang dirancang.

TAKLIMAT SSQS DAN APLIKASI ICT DAERAH GOMBAK

TAKLIMAT SSQS DAN APLIKASI ICT DAERAH GOMBAK

Adalah dimaklumkan bahawa PPD Gombak bersama PKG Daerah Gombak akan mengadakan satu Taklimat khas berkenaan SSQS dan aplikasi ICT bagi semua sekolah daerah Gombak.Sasaranya ialah semua guru ict dan penyelaras bestari.Taklimat ini perlu diadakan kerana status 5 star sekolah daerah Gombak amat mengecewakan.Arahan terus daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor ke PPD supaya menjalankan tanggungjawab ini secepat mungkin.

Taklimat akan diadakan di SMK Sungai Pusu,pada 26.10.2009,pukul 8.30 pagi- 4.petang.Sila rujuk surat (PPDG/PPA/A4199/02/04/01 Jld3(58) bertarik 9 Oktober 2009

EduWeb TV

Kursus EduwebTv telah diberikan kepada 101 orang Guru Media daerah Gombak bertempat di Makmal Komputer SBPI Rawang. Sesi pertama diadakan pada 16 dan 17 Feb 2009, sesi kedua pada 18 dan 19 Feb 2009, sesi ketiga pada 2 dan 3 Mac 2009, sesi keempat pada 4 dan 5 Mac 2009 dan sesi kelima pada 12 dan 13 Mac 2009.

Kursus Pemantapan ICTL Sekolah Menengah Daerah Gombak sedang dijalankan di Pangkor.Seramai 35 orang peserta sedang mengikuti program tersebut.

pangkor (1).1

P8120776

P8120777

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.